Bentuk Badan

Anda boleh menilai keadaan si comel dengan memerhati dan memeriksa badan mereka. Petanda bahawa si comel dalam keadaan fizikal yang baik adalah sama untuk semua saiz dan baka.

Cara untuk periksa:

  • Kadar bentuk badan yang baik.
  • Bahagian “pinggang” di belakang rusuk si comel apabila dilihat dari atas.
  • Sebarang penyusutan otot yang melemahkan kekuatan fizikal, keseimbangan pergerakan dan sistem imun yang lemah.

Penghadaman Sihat

Penghadaman yang baik adalah apabila protein dan nutrien makanan dapat diserap sepenuhnya oleh si comel anda.

Apabila si comel sihat, najis mereka lebih pejal dan kecil. Ini bermakna, pemakanan yang baik memberi perbezaan kepada sistem pencernaan kucing kesayangan anda.

Faktor-faktor yang melancarkan sistem penghadaman si comel anda:

  • Formula – Ketercernaan makanan berbeza mengikut bahan-bahan digunakan.
  • Kualiti Bahan – Bahan tidak berkualiti menjejaskan kelancaran untuk mencerna makanan kucing tersebut.
  • Nutrisi Seimbang – Nutrien dengan jumlah yang betul dalam makanan kucing memastikan mereka mendapatkan diet yang sihat dan seimbang.
  • Pemprosesan – Bahan yang terlebih masak atau yang diproses boleh menyingkirkan kualiti dan nutrien penting yang diperlukan oleh mereka.

Kulit, Bulu dan Mata Sihat

Apabila si comel anda mempunyai kulit yang sihat, bulu gebu berkilat, ia bukan sahaja meningkatkan penampilan mereka tetapi ia juga membuatkan si comel merasa lebih selesa dan kurang terdedah kepada kerengsaan kulit atau parasit luaran.

  • Mata – Jernih dan terang tanpa lelehan cairan.
  • Bulu – Bebas kelemumur dan bau yang tidak menyenangkan.
  • Kulit – Licin dan lembut.
  • Warna Kulit – Warna kulit yang normal dan sihat dari merah pucat hingga berbelak-belak coklat ke kehitaman.

 

Imuniti Sihat

Kucing yang sihat kebiasaannya lebih peka dengan persekitaran, terutama sekali apabila mereka cuba membiasakan diri dengan benda baharu. Mereka juga akan lebih berselera dan menjaga penampilan diri.

Walaupun sistem imun secara amnya menunjukkan kesihatan dalaman si comel anda, ia dapat dilihat melalui:

  • Bulu yang licin dan bersinar.
  • Kecergasan dan keaktifan.
  • Mata yang jernih dan terang.
  • Postur berwaspada.
  • Kulit normal dan sihat; kulit lembut.
  • Gusi yang sihat.
  • Kapasiti paru-paru yang baik; mudah bernafas.
  • Otot kuat, paru-paru sihat.
  • Daya ketahanan terhadap penyakit.
  • Tidak bereaksi terhadap vaksin.

 

Gigi Sihat

Tahukah anda? Kesihatan gigi dan gusi adalah penting untuk si comel mendapatkan nutrien melalui pemakanan yang dibekalkan. Kebolehan mengunyah dengan baik penting untuk sistem penghadaman yang sihat.

  • Mengunyah makanan menjadi lebih kecil memudahkan si comel untuk mencerna makanan sekaligus memudahkan badan menyerap nutrisi baik daripada makanan tersebut.
  • Membekalkan diet yang mencukupi dapat membantu menghadkan pertumbuhan plak dan tartar.
  • Sentiasa dapatkan nasihat dan pemeriksaan veterinar jika terdapat tanda-tanda pembentukan plak dan tartar. Masalah ini mungkin memerlukan pembersihan oleh pakar, bergantung kepada keadaan.

 

Tulang dan Sendi Sihat

Walaupun sudah meningkat dewasa, penstrukturan tulang si comel akan berterusan. Untuk kekal sihat, si comel memerlukan bekalan nutrien termasuk protein, air, dan zat mineral seperti kalsium dan juga fosforus. Anda boleh mengenal pasti kesihatan tulang dan sendi mereka melalui:

  • Pergerakan dan fleksibiliti yang normal.
  • Keupayaan untuk melaksanakan tugas atau pergerakan rutin, iaitu memanjat tangga, melompat ke atas atau ke bawah, atau bermain.
  • Mempunyai postur dan cara berdiri yang betul.
  • Kebolehan berterusan serta minat dalam permainan atau bersenam.