PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN MEOW! BELAI SI COMEL BERSAMA FRISKIES®
MEMBAWA PULANG RM10,000
Friskies® berjaya mengumpulkan RM50,000 daripada kempen ini untuk disumbangkan kepada SPCA
KUALA LUMPUR, 16 Mei 2009 – Selepas membuktikan dirinya seorang pencinta kucing sejati, Izawati Muhammad (Iza) akhirnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan rancangan realiti kucing pertama di Malaysia,
Meow! Belai Si Comel Bersama FRISKIES®, menewaskan enam peserta lain. Pemenang bertuah ini bukan saja berjaya memikat hati empat panel juri pertandingan tersebut, malah telah menerima undian tertinggi daripada orang ramai.
Daripada kira-kira 100 individu yang hadir ke uji bakat pada bulan Februari lalu, hanya enam pencinta si comel dapat melayakkan diri sebagai peserta rancangan realiti TV mingguan yang ke udara selama lapan minggu sejak 21 Mac 2009 itu. Keenam-enam peserta dikehendaki memelihara seekor anak kucing yang diambil dari Persatuan Menolong Haiwan (SPCA), kemudian menyediakan perlindungan bersesuaian dan penuh kasih sayang, serta mengubah ia menjadi si comel yang sihat, bersih dan rapi.
Seperti yang dinyatakan Pengurus Perniagaan Negara Purina PetCare Malaysia Sdn Bhd, Tim Wilson,
FRISKIES®, seiring dengan reputasinya sebagai jenama yang dipercayai, prihatin dan sentiasa menerapkan nilai sosial yang positif, ia ingin menerbitkan sebuah program interaktif yang membolehkan pemilik peliharaan kesayangan memperoleh kemahiran baru dan berguna yang secara tidak langsung dapat membantu mereka memahami dan menjaga peliharaan kesayangan mereka dengan lebih baik.
"Kami bekerjasama dengan pihak SPCA bagi memupuk kesedaran dalam usaha mendidik masyarakat Malaysia mengenai pemeliharaan peliharaan kesayangan secara bertanggungjawab dan pada masa yang sama, membolehkan kami membantu persatuan ini menerusi kutipan dana serta publisiti untuk meningkatkan kadar pengambilan peliharaan angkat," kata beliau.
Setiap minggu peserta harus melalui beberapa siri aktiviti yang akan menguji pengetahuan, kemahiran, komitmen dan pemahaman mengenai tanggungjawab seseorang pemilik si comel kesayangan. Ini termasuklah proses membiasakan anak kucing yang diambil dengan 'rumah' barunya, membuat kajian dan mempelajari tentang nutrisi kucing, membuat pemeriksaan kesihatan, melaksanakan prosedur pembersihan dan perapian, serta menjalin ikatan kasih sayang intimasi dengan si comel mereka.
Iza, yang begitu teruja dengan kemenangannya berkata, beliau berasa sungguh seronok kerana sejak peringkat uji bakat lagi, tidak pernah sekalipun beliau menjangkakan akan menjuarai pertandingan ini. Minat dan kasih sayangnya terhadap si comel cukup terserlah melalui riak wajahnya bila bercerita bagaimana keletah dan perut buncit si comel menarik hati beliau untuk memeliharanya.
Pemenang tempat kedua, Syazwan Khairuddin (Wan) pula gembira menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala Sharifah Zuria bt Syed Abu Bakar Sidik (Sha) yang menduduki tempat ketiga menerima RM3,000. Tiga lagi peserta iaitu Zuraidah bt Darus (Mama), Suriana bt Soria (Sue) serta Mohd Kamell Bashah bin Haji Ibrahim (Kamell) masing-masing menerima hadiah saguhati wang tunai berjumlah RM1,000, yang mana jumlah ini ditingkatkan daripada nilai RM500 yang diumumkan pada awal pertandingan. Selain itu, kesemua peserta yang bertanding juga akan memperoleh bekalan
FRISKIES® selama setahun, dua karton
FANCY FEAST ROYALE® berserta satu karton pasir kumbahan kucing,
TIDY CATS™.
Bermula episod 2 hingga 6, kesemua peserta dinilai berdasarkan 50% markah yang diberikan oleh juri dan 50% lagi datang daripada undian SMS orang ramai.
Iza, Wan dan Sha yang mencatatkan markah terkumpul paling tinggi mara ke pusingan akhir yang disiarkan dalam episod kelapan.
Penentuan juara, tempat kedua dan tempat ketiga pada pusingan akhir adalah berdasarkan keputusan kumulatif daripada episod-episod terawal yang digabungkan dengan markah keseluruhan yang diperoleh ketika cabaran penamat di pusingan akhir.
Dua juri utama sepanjang lapan episod pertandingan ini terdiri daripada Tim Wilson dan Dr Norsuhanna bt Mohd Mokhtar (Pakar Bedah Veterinar, Klinik Kembiri SPCA). Dari episod ke episod juga,
FRISKIES® menjemput beberapa juri undangan seperti Presiden Kelab Kucing Malaysia, Encik Khalid Rashid, Ketua Jabatan Kelakuan Haiwan, Hospital Veterinar Universiti, UPM, Dr Nor-Alimah Rahman dan Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya, Dr Madihah Rauza bt Ahmad Salimi.
"Inisiatif perintis yang dijayakan
FRISKIES® dengan kerjasama SPCA ini sememangnya layak dipuji dan saya gembira melihat usaha sektor mendidik masyarakat mengenai pemilikan peliharaan kesayangan secara bertanggungjawab. Program yang membabitkan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat sebegini amat digalakkan kerana ia adalah langkah berkesan dalam mewujudkan pemahaman dan meningkatkan perlakuan berperikemanusiaan terhadap peliharaan kesayangan di Malaysia," kongsi Dr Norsuhanna.
SPCA juga melahirkan reaksi positif terhadap usaha sama dengan
FRISKIES® memandangkan program ini adalah kerjasama terbesar dan paling membuahkan hasil setakat ini.
"Maklumbalas yang diterima untuk usaha sama ini sangat positif dan ternyata, sebaik selepas episod pertama rancangan ini disiarkan di televisyen, kami menerima 27 pertanyaan mengenai pengambilan peliharaan angkat yang mana 18 daripadanya berminat untuk mengambil kucing. Kami turut menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini, sekali gus menunjukkan betapa hebatnya sambutan terhadap program yang baru pertama kali dianjurkan di Malaysia ini. Ia ditambah pula dengan kunjungan tinggi di laman web kami khususnya pada hujung minggu ketika rancangan ini disiarkan. Bilangan pengambilan peliharaan angkat jelas bertambah sepanjang penyiaran rancangan ini.
"Kami amat berterima kasih kepada
FRISKIES® di atas sumbangan berjumlah RM50,000 yang dijana daripada usaha mengutip dana melalui jualan pek amal
FRISKIES® dan undian SMS sepanjang tempoh pertandingan diadakan. Dana ini akan digunakan untuk penyelenggaraan keseluruhan pusat perlindungan ini, meliputi pembaikan, penambahan dan juga bagi menyediakan tempat berlindung yang selamat untuk si manja kesayangan. Selain itu, kami cukup menghargai pemberian tidak henti-henti yang diterima daripada sektor awam dan swasta memandangkan adanya perancangan untuk membina pusat perlindungan yang lebih besar untuk menempatkan peliharaan terbuang dan terbiar yang jumlahnya semakin banyak dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami sangat gembira kerana mendapat peluang bekerjasama dengan
FRISKIES®," ujar Penolong Pengurus, Bahagian Perhubungan Awam dan Pemasaran SPCA Selangor, Jacinta Johnson.
Bagi setiap SMS yang diterima sepanjang pertandingan, sejumlah RM0.15 disumbangkan kepada pihak SPCA.Pek promosi amal
FRISKIES® turut dilancarkan bersempena dengan program berkenaan dan untuk setiap pek amal yang dijual, Purina menyumbangkan RM0.50 kepada persatuan tersebut.Pembeli juga mendapat selimut yang direka khas untuk setiap pembelian pek amal
FRISKIES® 1.4/1.5 kg. Terdapat tujuh jenis rekaan ekslusif untuk dikumpulkan. Jumlah keseluruhan RM50,000 berjaya dikumpulkan untuk SPCA, menerusi undian SMS serta jualan pek amal
FRISKIES® yang akan terus dijual di pasaran selagi stok masih ada.
Mengenai FRISKIES®Pembuat
FRISKIES® merupakan pakar dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran makanan kucing berkhasiat sejak lebih 40 tahun lalu.Reputasi jenama ini diiktiraf seluruh dunia. Produk
FRISKIES® memperoleh sijil daripada Association of American Feed Control Officials (AAFCO) dan National Research Council (NRC) kerana mengandungi 100% makanan lengkap berkhasiat yang bagus untuk pertumbuhan dan kesihatan semua baka kucing untuk keseluruhan hayat mereka, di samping menyediakan perisa yang digemari kucing.