| |

Marilah mengenali kesemua 6 peserta bersama kucing kesayangan mereka.
| Nama: |
Zuraidah Darus (Mama) |
| Kucing: |
Oncu |
|
|
Pertama kali menatap mata dan mendengar suara Oncu, saya begitu teruja untuk memeluknya. Dan ketika melihat dia bermain dengan jari-jari saya, ketika memeluknya erat, saya terdetik bahawa memang dialah yang bakal menjadi ahli keluarga baru kami. |
Oncu mula meneroka kediaman barunya dari ruang tamu, bilik tidur, dapur hinggalah ke tandas rumah kami .Kemana saja saya pergi dia akan mengikut saya dari belakang sambil mengiau. Saya terus memanggilnya dengan panggilan Oncu untuk membiasakannya dengan nama itu. Dengan perlahan, Oncu dapat menyesuaikan diri dengan ahli keluarga yang lain.
|
|
| Nama: |
Izawati Bte Muhammad (iza) |
| Kucing: |
Qaseh |
|
|
Gelagat dan bentuk tubuh yang berlainan dan lucu membuatkan saya terpaut pada Qaseh. Perutnya yang buncit dengan berjalan terkedek-kedek telah menambat hati saya. Atas kuasa “Love at the first sight” saya memutuskan memilih Qaseh untuk diberikan sentuhan dan belaian manja dengan sepenuh kasih. |
Pengalaman pertama setibanya dirumah baru membuatkan Qaseh merayap dan menghidu di segenap pelosok rumah. Bertemu dengan Gygy seekor kucing yang sedia ada dirumah membuatkan Qaseh ketakutan pada awalnya. Tetapi melihatkan Gygy sepert menerima kehadiran kasih dan tidak menunjukkan sebarang sikap negetif, Qaseh mula rasa selesa.
|
| |
|
|
| Nama: |
Mohd Kamell Bashah B. Ibrahim (kamell) |
| Kucing: |
Bulan |
|
|
Saya memilih anak kucing ini kerana kelincahan yg ditunjukkan di antara rakan sebayanya semasa saya dihadapan kurungannya. Dr Suhana juga turut memandu arah tentang cara memilih anak kucing yg baik dan sihat, dan semua itu saya cuba terapkan. |
Bulan mula menunjukkan reaksi yang sama iaitu memerhatikan situasi sekeliling dan menghidu beberapa sudut. Yang memeranjatkan adalah ADIK, kucing saya tidak menunjukkan sikap garangnya pada kali ini, tetapi agak malu malu, sesekali menjilat bulunya, seolah merestui orang baru didalam keluarga saya. Bulan sangat aktif bermain dan juga makan dengan baik. Selagi tidak di masukkan di dalam kandangnya, selagi itulah ia lincah beraksi. Masa paling aktif adalah di waktu malam lalu saya berikan namanya iaitu BULAN.
|
|
| Nama: |
Sharifah Zuria Binti Syed Abu Bakar Sidik (sha) |
| Kucing: |
Fella Kitty |
|
|
Saya memilih Fella Kitty sebagai kucing peliharaan kerana tertarik dengan sifatnya yang lincah dan comel. Gelagat Fella bersama kawan-kawanya semasa di dalam sangkar membuatkan hati saya tertarik untuk mangambil Fella sebagai kucing peliharaan. |
Pengalaman pertama Fella di rumah merupakan pengalaman yang sangat manis. Pada mulanya, Fella tidak selesa dan berjalan keliling rumah untuk membiasakan diri. Fella mengambil masa setengah hari sahaja untuk menyesuaikan diri di rumah baru. Selepas itu, Fella bagitu selesa hinggakan tidak menghiraukan kucing yang lebih senior darinya.
|
| |
|
|
| Nama: |
Suriana Binti Soria (Sue) |
| Kucing: |
Comel |
|
|
‘Jatuh cinta pandang pertama’ adalah penerangan kenapa saya memilih Comel. Kecomelan, kelincahan dan kenakalannya menambat hati saya untuk membawa pulang Comel menyertai keluarga bahagia kami yang juga mempunyai 2 ekor kucing yang juga comel dan nakal. |
Pada awal ketibaan Comel di rumah, 3 jam pertama digunakan sepenuhnya oleh Comel untuk menyelidik keadaan sekeliling rumah. Kucing-kucing saya yang telah lama menghuni rumah saya agak kurang selesa pada awal kehadiran si Comel, tetapi kelincahan dan kenakalan Comel yang juga bijakmenyakat dan mengambil hati kucing- kucing saya. Namun selepas beberapa hari, Comel telah diterima.
|
|
| Nama: |
Syazwan b. Khairuddin (Wan) |
| Kucing: |
Fifie |
|
|
Saya memilih Fifie kerana ketika itu dia kelihatan sungguh agresif dan aktif.Bukan itu saja, dia juga kelihatan sungguh comel ketika bermain. Fifie juga pandai menarik perhatian saya ketika itu. Selain itu, saya juga sangat tertarik pada warna bulu badannya. |
Pengalaman Fifie ketika sampai dirumah sungguh tidak disangkakan. Dia kelihatan sungguh biasa dan juga cepat menyesuaikan diri .Fifie juga disambut oleh ahli-ahli keluarga saya dengan gembira.Kami sekeluarga berasa seronok kerana fifie dapat menceriakan lagi rumah kami.
|
|
|
|