FRISKIES ® di atas dasar keprihatiannya terhadap kebajikan kucing, terutamanya kucing terbiar bekerjasama dengan SPCA dan TV3 buat julung kalinya bagi menerbitkan sebuah rancangan realiti kucing yang pertama di Malaysia, ‘
Meow…Belai Si Comel Bersama FRISKIES®’.
Program sebanyak 8 episod ini akan dihoskan old Raja Azura, pengacara dan penghibur versatil di Malaysia.
Ini merupakan satu komitmen FRISKIES® untuk bekerjasama dengan SPCA bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang pemilik kucing dan juga meringankan beban SPCA dengan mengumpul dana melalui pek kebajikan FRISKIES® dan undian SMS para penonton.
Melalui program ini, kita dapat melihat bagaimana kasih sayang dan keprihatinan tanpa batasan diberi kepada kucing terbiar yang diambil dari SPCA. Ia memerlukan sepenuh komitmen dari peserta yang sanggup menjaga anak kucing terbiar seawal bulan-bulan pertama kelahiran kucing tersebut.
Bagi setiap pembelian pek kebajikan FRISKIES®, RM0.50 akan didermakan terus kepada SPCA di samping menerima sehelai selimut kucing FRISKIES®. Terdapat 7 rekaan eksklusif untuk dikumpulkan.
Mulai episod 2 hingga episod 6, penonton boleh mengundi menerusi undian SMS, RM0.15 dari setiap undian SMS yang diterima akan disalurkan kepada SPCA untuk menampung kebelanjaan kucing-kucing terbiar yang masih berada di bawah penjagaannya.